Custom Search

Isteri Mencintai Orang Lain

0

Written on 23.03 by محمد افيس

Soalan :

Adakah harus kepada seseorang wanita yang telah pun berkahwin mencintai bukan suaminya? Apakah dosa perempuan itu kerana berbuat demikian, apa lagi hati manusia bukan berada di bawah kekuasaannya?

Jawapan:

Antara perkara haram yang jelas ialah seorang perempuan yang telah pun bersuami mencintai lelaki lain yang bukan suaminya, berfikir tentangnya, merinduinya dan tidak mengendahkan suaminya sendiri. Kadang-kadang tumpuannya itu membawa kepada melakukan perbuatan yang tidak halal menurut kacamata syarak termasuklah melihat, berkhalwat dan juga menyentuh yang bukan bukan.

Kadang Kadang perkara ini akan menjurus kepada aktiviti yang mendatangkan dosa yang lebih besar daripada itu iaitu melakukanatau berniat melakukan perkara yang keji. Jika tidak membawa kepada aktiviti tersebut sekalipun, ia tetap akan mengundang bisikan yang bukan bukan di dalam hati, kegelisahan jiwa, ketegangan saraf dan kekeruhan kehidupan berumah tangga tanpa sebarang darurah dan hajat selain dari cenderung kepada hawa nafsu belaka.

Al-Quran ada menceritakan kepada kita tentang kisah seorang perempuan yang telah pun berkahwin, mencintai seorang pemuda yang bukan suaminya. Cintanya telah pun mendorongnya melakukan banyak perkara yang tidak diredhai Allah. Perempuan itu ialah ister pembesar Mesir; manakala lelaki yang menjadi kegilaannya ialah Nabi Yusof a.s

Kesimpulannya perepmpuan yang telah berkahwin:
  • Wajib menumpukan perhatian kepada suaminya.
  • Mencari keredhaan suami.
  • Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencintai suaminya.

Tidak wajar bagi matanya menjalar kepada lelaki lain. Wajib keatasnya menutup segala pintu yang akan menyebabkan angin fitnah bertiup kencang, lebih-lebih lagi apabila benda-benda yang menjadi kesukaan pengfitnah, sebelum ia bertukar menjadi api yang marak yang membakar segala-galanya.

Dengan lain perkataan, jika timbul perasaan mencintai insan lain didalam hatinya, hendaklah dilawan perasaan itu dengan cara mengelakkan diri dari melihat dan bercakap dengan insan tersebut, malah dari segala perkara yang boleh menyalakan perasaan rindu dan cinta kepada insan itu.


***Dipetik dari kitab Himpunan Fatwa-Fatwa Semasa Daripada Zaman Salafus Soleh Sehingga Ke Zaman Ulama Masa Kini Oleh SYEIKH KAMIL UWAIDAH dan disemak oleh Dr. Mohd. Puzhi Usop (IIUM) & Ustaz Hamzah bin Raden Anwar


If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Subscribe

Entri Popular