Written on 23.03 by محمد افيس
Soalan :
Adakah harus kepada seseorang wanita yang telah pun berkahwin mencintai bukan suaminya? Apakah dosa perempuan itu kerana berbuat demikian, apa lagi hati manusia bukan berada di bawah kekuasaannya?
Jawapan:Antara perkara haram yang jelas ialah seorang perempuan yang telah pun bersuami mencintai lelaki lain yang bukan suaminya, berfikir tentangnya, merinduinya dan tidak mengendahkan suaminya sendiri. Kadang-kadang tumpuannya itu membawa kepada melakukan perbuatan yang tidak halal menurut kacamata syarak termasuklah melihat, berkhalwat dan juga menyentuh yang bukan bukan.
Kadang Kadang perkara ini akan menjurus kepada aktiviti yang mendatangkan dosa yang lebih besar daripada itu iaitu melakukanatau berniat melakukan perkara yang keji. Jika tidak membawa kepada aktiviti tersebut sekalipun, ia tetap akan mengundang bisikan yang bukan bukan di dalam hati, kegelisahan jiwa, ketegangan saraf dan kekeruhan kehidupan berumah tangga tanpa sebarang darurah dan hajat selain dari cenderung kepada hawa nafsu belaka.
Al-Quran ada menceritakan kepada kita tentang kisah seorang perempuan yang telah pun berkahwin, mencintai seorang pemuda yang bukan suaminya. Cintanya telah pun mendorongnya melakukan banyak perkara yang tidak diredhai Allah. Perempuan itu ialah ister pembesar Mesir; manakala lelaki yang menjadi kegilaannya ialah Nabi Yusof a.s
Kesimpulannya perepmpuan yang telah berkahwin:
- Wajib menumpukan perhatian kepada suaminya.
- Mencari keredhaan suami.
- Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencintai suaminya.
Tidak wajar bagi matanya menjalar kepada lelaki lain. Wajib keatasnya menutup segala pintu yang akan menyebabkan angin fitnah bertiup kencang, lebih-lebih lagi apabila benda-benda yang menjadi kesukaan pengfitnah, sebelum ia bertukar menjadi api yang marak yang membakar segala-galanya.
Dengan lain perkataan, jika timbul perasaan mencintai insan lain didalam hatinya, hendaklah dilawan perasaan itu dengan cara mengelakkan diri dari melihat dan bercakap dengan insan tersebut, malah dari segala perkara yang boleh menyalakan perasaan rindu dan cinta kepada insan itu.
***Dipetik dari kitab Himpunan Fatwa-Fatwa Semasa Daripada Zaman Salafus Soleh Sehingga Ke Zaman Ulama Masa Kini Oleh SYEIKH KAMIL UWAIDAH dan disemak oleh Dr. Mohd. Puzhi Usop (IIUM) & Ustaz Hamzah bin Raden Anwar
Posted in
Soal Jawab
|
Written on 00.37 by محمد افيس
Soalan
21 Feb 09, 11:44 PM
ana muslimah: ya ustaz afis..ape yg patut kite buat untuk menghilangkan ketakutan pada makhluk ghaib, apakah bacaan yang boleh dibaca untuk menghindarkan diri dari gangguan makhluk ghaib?
Jawapan
Banyak amalan yang dapat dilakukan untuk menghindari daripada ganguan makhluk halus diantaranya adalah.
- Membaca surah Al-Fil setiap kali berasa takut untuk memulihkan semangat.
- Sering mengamalkan bacaan Ayat Kursiy.
- Selalu membaca Al-Quran serta memahami maksudnya.
- Tidak meninggalkan perkara yang fardhu.
- Percaya bahawa hanya Allah S.W.T sahaja yang berkuasa dibumi yang fana ini dan percaya tiada kuasa lain yang mampu menandingi kuasa Yang Maha Esa dan tiada apa yang dapat memudaratkan manusia melainkan dengan izin-Nya.
Posted in
Soal Jawab
|
Written on 23.44 by محمد افيس
Soalan
Soalan Dari Group Wadah Wanita Solehah (Friendster)
serikandi:
Salam alaik..kepada sahabat2 sekalian ... ana sebagai wanita tunggal yang berpurdah dalam keluarga ana.. keluarga ana x la syadid samapai menyarankan ana berpudah,tapi ana berpudah dengan niat nak jaga diri..maklum lah..diluar sana macam-macam boleh berlaku.. dijangka pada tahun ini,ana akan melangsung pertunangan.. insyaAllah...jadi ana nak mintak pendapat antunna semua,adakah perlu ana buka purdah ana ketika itu?
JawapanJika seorang lelaki benar-benar ingin mengambil seorang wanita menjadi isteri, dia perlu melihat wanita itu dengan keizinan wali dan ditemani mahram. Ia adalah perlu kerana ia adalah hak bagi seseorang yang ingin berkahwin untuk memilih paras rupa pasangannya mengikut kesukaannya supaya untuk mencegah daripada berlakunya penyesalan setelah mendirikan rumah tangga yang hanya akan mengundang seribu satu masalah dalam kehidupan rumah tangga kelak.
Dalil
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis Ibn Abbas r.a:"Seorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya."
(Riwayat al-Bukhari)
Berhubung dengan batasan aurat bakal isteri, jumhur ulama berpendapat, hanya dibolehkan melihat wajah dan kedua tangan hingga ke pergelangan. Al-Auza'i berpendapat, dibolehkan melihatnya kecuali aurat, Ibn Hazm berkata, boleh melihat bahagian depan dan belakang wanita itu.
Menurut Ibn Qayyim, terdapat salah satu riwayat Imam Ahmad yang membenarkan bakal suami melihat apa yang zahir daripada tubuh bakal isteri seperti leher, betis dan sebagainya. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn Qudaamah dan al-Hafiz Ibn Hajar r.h. (Tahziib al-Sunan, ms: 25 – 26, al-Mughni, jil: 7, ms: 454 dan Fath al-Baari, jil: 11, ms: 78).
Antara Pendapat Ulama Tentang Batasan Aurat Bakal Isteri
Menurut Imam Syafie
Tidak boleh melihat wanita yang ingin dikahwini tanpa menutup kepala (memakai hijab). Dia boleh melihat wajah dan tangan hingga ke pergelagan sama ada dengan keizinan atau tanpa keizinannya. (Al-Haawi al-Kabiir, jil: 9, ms: 34).
Menurut Imam al-Nawawi
Sunat melihat bakal isteri agar seorang lelaki itu tidak menyesal setelah berkahwin dengannya… dibolehkan melihat berkali-kali dengan izinnya atau tanpa keizinannya. Jika masih tidak berpuas hati, dia dibenarkan mengutus wanita lain untuk melihatnya dan menerangkan sifat-sifat wanita itu kepadanya. Wanita juga dikehendaki melihat bakal suami agar apa yang disukai oleh bakal suami, disukai juga oleh dirinya terhadap bakal suami itu.
(Raudhah al-Tolibin dan 'Umdah al-Muftin, jil: 7, ms: 19 – 20)
Menurut Abu Hanifah
Dibolehkan melihat wajah, tangan dan kaki.
(Bidayatul Mujtahid wa Nihaayatul Muqtasid, jil: 3, ms: 10)
Pendapat ini juga dipersetujui oleh Ibn Rushd.
Jumhur ulama membenarkan melihat wajah dan tangan kerana wajah merupakan sumber kecantikan seorang wanita dan tangan pula boleh menggambarkan tubuhnya sama ada langsing atau sebaliknya.
Posted in
Soal Jawab
|
Written on 20.41 by محمد افيس
Soalan
29 Aug 08, 03:42 PM
jeff: Saya ada masalah untuk mendapat teman, saya sudah 22tahun tidak pernah berteman.. macam mana saya nak cari calon isteri ?
Jawapan
Setiap orang yang diciptakan oleh Allah S.W.T adalah berpasang-pasangan.
Dalil

(Surah An Najm Ayat 45-46)
Maksudnya
45. Dan sesungguhnya, Dialah Yang menciptakan pasangan (lelaki & perempuan) 46. Dari air mani ketika dipancarkan (kedalam rahim)
Pada ayat ini dapat diterangkan bahawa setiap manusia ada jodohnya masing masing. Jodoh manusia juga bukan ah hanya seorang. Ia boleh jadi 2 @ 3 @ 4 orang. Ia bergantung pada arah hidup yang kita pilih.
Contoh
Ali seorang pelajar yang berumur 21 tahun yang baru habis belajar. Di tangannya ada 2 keputusan yang boleh di pilih sama ada sambung belajar di Perak ataupun kerja di Melaka.
Pilihan pertama
Sambung belajar - Sekiranya Ali menyambung belajar beliau akan bertemu dengan jodohnya yang bernama Latifah yang menetap di Perak.
Pilihan kedua
Bekerja - Sekiranya Ali bekerja beliau akan bertemu jodohnya dengan Si Zainab di tempat kerjanya.
Di atas adalah satu misalan yang dibuat. Ia menerangkan bahawa keputusan kehidupan yang kita lakukan didalam kehidupan mempengaruhi masa dan jodoh yang telah ditentukan. Sekiranya Ali sambung belajar beliau akan berkahwin dgn Latifah dan sebaliknya jika beliau memilih pilihan kedua.
Kita hendaklah berusaha unutuk mencari jodoh bukan menunggu bulan jatuh keriba dan hanya menyerahkan pada takdir sepenuhnya. Sesudah berusaha kemudian pada keputusan atau hasil daripada usaha kita, maka itulah yang di katakan takdir.
Dalil

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.
Garis Panduan Memilih Teman Hidup
Islam mengajar umatnya berhati-hati memilih pasangan hidup ia adalah kerana mahligai yang kita bina bukanlah untuk bertahan sehari dua tetapi sehingga ke hujung nafas yang terakhir. Hal ini haruslah diambil serius.
Sabda Rasullullah S.A.W
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya, nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Dalam hadis ini terang dan jelas bahawa perlulah kita memilih dalam hal keagamaan lebih daripada segala galanya.
Allah berfirman bermaksud,
“Jangan kamu nikahi wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak mukmin lebih baik daripada wanita musyrik walaupun ia menarik hatimu.
(Surah Al-Baqarah: ayat 221)
Allah berfirman bermaksud,
“Wanita keji adalah untuk lelaki keji dan lelaki untuk wanita keji dan wanita baik adalah untuk lelaki baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita baik. "
Allah berfirman bermaksud,
“Maka wanita yang salihah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya. Oleh kerana itu Allah memelihara mereka.”
(Surah An-Nissa, ayat 34)
Kriteria memilih isteri yang harus diberi perhatian ialah mempunyai sifat penyayang dan dapat melahirkan banyak anak.
Dalam memilih wanita yang banyak melahirkan anak, ada beberapa perkara yang perlu diketahui iaitu:
- Kesihatan fizikal dan penyakit yang menghalang kehamilan. Untuk mengetahuinya, kita mesti meminta bantuan pakar. Oleh itu, seorang wanita yang mempunyai kesihatan yang baik dan fizikal kuat biasanya mampu melahirkan banyak anak. Di samping itu, dia dapat memikul beban rumah tangga serta menunaikan kewajipan mendidik anak serta menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik.
- Melihat keadaan ibu dan saudara perempuan yang sudah bernikah. Sekiranya mereka termasuk wanita yang banyak melahirkan anak, maka biasanya wanita itu akan seperti itu juga.
- Hendaklah memilih calon isteri yang masih gadis, terutama bagi lelaki bujang. Ini dimaksudkan untuk mencapai hikmah sempurna dan manfaat yang agung.
- Di antara manfaat itu adalah memelihara keluarga, bukan menyusahkan kehidupan, menjurus ke dalam pelbagai masalah serta permusuhan.
- Pada masa sama, ia akan mengeratkan tali cinta kasih antara suami isteri dan sekali gus memberi sepenuhnya kehalusan serta kelembutan kepada lelaki yang pertama kali melindungi, menemui dan mengenalinya.
- Lain halnya dengan janda. Kadangkala daripada suami kedua, dia tidak mendapatkan kelembutan hati yang sebenarnya kerana ada perbezaan besar antara akhlak suami pertama dan suami kedua.
- Mengutamakan orang jauh (dari keakraban) dalam perkahwinan. Ini dimaksudkan untuk keselamatan fizikal anak keturunan daripada penyakit yang menular atau cacat secara turun temurun.
- Biasanya anak tidak tumbuh besar dan dalam keadaan lemah atau mewarisi cacat kedua orang tuanya dan penyakit nenek moyangnya.
- Di samping itu, cara itu juga dapat memperluaskan pertalian kekeluargaan dan mempereratkan ikatan sosial.
- Diharap kriteria dinyatakan itu dapat menjadikan panduan dan pedoman bagi lelaki khususnya, teruna yang ingin mencari pasangan hidup dan menamatkan bujang.
Kita juga mengharapkan rumah tangga yang dibina itu akan mendapat berkat, bahagia dan kekal abadi hingga ke akhir hayat.
Sekiranya telah berusaha namun tetap juga gagal menemui jodoh, ia adalah berkemungkinan jodoh belum sampai (belum tiba masanya). Bolehlah mengamal ayat amalan yang telah saya sediakan.
Posted in
Soal Jawab
|
Written on 16.35 by محمد افيس
Soalan 1 :
light of life: mcm mane nk rasa hati sentiasa ada Allah?
Soalan 2 :
solehah: salam..mcm mane kita tenangkan hati kite?
Jawapan
Permasalahan-permasalahan hati seperti yang dikemukakan atau lebih tepat lagi adalah "jiwa kacau" berlaku adalah kerana bebanan masalah yang berat serta permasalahan emosi yang sering menggangu masyarakat masa kini seperti 'putus cinta' dan bermacam macam lagi. Faktor-faktor inilah yang mendorong kepada ketidak tenteraman jiwa seseorang.
Untuk MenanganinyaZikir
Ertinya mengingat Allah di antaranya dengan menyebut dan memuji nama Allah.
- Zikir adalah satu kewajiban.
Dalilnya:

(Surah Al-Ahzab Ayat 41-43)
Maksudnya:
41. Wahai orang-orang Yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah Dengan ingatan serta sebutan Yang sebanyak-banyaknya;
42. dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang.
43. Dia lah Yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya Yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah ia sentiasa melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang Yang beriman (di dunia dan di Akhirat).
Dengan berzikir hati menjadi tenteram
Dalilnya:

(Surah Ar-Ra'd Ayat 28)
Maksudnya:
"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah". ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Di antara zikir yang utama adalah
"Aku pernah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: 'Zikir yang paling utama adalah Laa ilaaha illallahu"
(Hadis Riwayat Turmudzi)
Rasulullah bersabda : ‘Sesungguhnya aku berkata bahwa kalimat : ‘Subhanallah, wal hamdulillah, wa Laa Ilaaha Illallah, wallahu akbar’ (Maha Suci Allah, dan segala puji bagi Allah, dan tidak ada Tuhan kecuali Allah, dan Allah Maha Besar) itu lebih kusukai daripada apa yang dibawa oleh matahari terbit.’
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Posted in
Soal Jawab
|