Bolehkah Melihat Wajah Wanita Yang Ingin Dinikahi?
Written on 23.44 by محمد افيس
Soalan
Soalan Dari Group Wadah Wanita Solehah (Friendster)
serikandi:
Salam alaik..kepada sahabat2 sekalian ... ana sebagai wanita tunggal yang berpurdah dalam keluarga ana.. keluarga ana x la syadid samapai menyarankan ana berpudah,tapi ana berpudah dengan niat nak jaga diri..maklum lah..diluar sana macam-macam boleh berlaku.. dijangka pada tahun ini,ana akan melangsung pertunangan.. insyaAllah...jadi ana nak mintak pendapat antunna semua,adakah perlu ana buka purdah ana ketika itu?
Jawapan
Jika seorang lelaki benar-benar ingin mengambil seorang wanita menjadi isteri, dia perlu melihat wanita itu dengan keizinan wali dan ditemani mahram. Ia adalah perlu kerana ia adalah hak bagi seseorang yang ingin berkahwin untuk memilih paras rupa pasangannya mengikut kesukaannya supaya untuk mencegah daripada berlakunya penyesalan setelah mendirikan rumah tangga yang hanya akan mengundang seribu satu masalah dalam kehidupan rumah tangga kelak.
Dalil
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis Ibn Abbas r.a:
"Seorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya."
Berhubung dengan batasan aurat bakal isteri, jumhur ulama berpendapat, hanya dibolehkan melihat wajah dan kedua tangan hingga ke pergelangan. Al-Auza'i berpendapat, dibolehkan melihatnya kecuali aurat, Ibn Hazm berkata, boleh melihat bahagian depan dan belakang wanita itu.
Menurut Ibn Qayyim, terdapat salah satu riwayat Imam Ahmad yang membenarkan bakal suami melihat apa yang zahir daripada tubuh bakal isteri seperti leher, betis dan sebagainya. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn Qudaamah dan al-Hafiz Ibn Hajar r.h. (Tahziib al-Sunan, ms: 25 – 26, al-Mughni, jil: 7, ms: 454 dan Fath al-Baari, jil: 11, ms: 78).
Antara Pendapat Ulama Tentang Batasan Aurat Bakal Isteri
Menurut Imam Syafie
Tidak boleh melihat wanita yang ingin dikahwini tanpa menutup kepala (memakai hijab). Dia boleh melihat wajah dan tangan hingga ke pergelagan sama ada dengan keizinan atau tanpa keizinannya. (Al-Haawi al-Kabiir, jil: 9, ms: 34).
Menurut Imam al-Nawawi
Sunat melihat bakal isteri agar seorang lelaki itu tidak menyesal setelah berkahwin dengannya… dibolehkan melihat berkali-kali dengan izinnya atau tanpa keizinannya. Jika masih tidak berpuas hati, dia dibenarkan mengutus wanita lain untuk melihatnya dan menerangkan sifat-sifat wanita itu kepadanya. Wanita juga dikehendaki melihat bakal suami agar apa yang disukai oleh bakal suami, disukai juga oleh dirinya terhadap bakal suami itu. (Raudhah al-Tolibin dan 'Umdah al-Muftin, jil: 7, ms: 19 – 20)
Menurut Abu Hanifah
Dibolehkan melihat wajah, tangan dan kaki. (Bidayatul Mujtahid wa Nihaayatul Muqtasid, jil: 3, ms: 10)
Pendapat ini juga dipersetujui oleh Ibn Rushd.
Jumhur ulama membenarkan melihat wajah dan tangan kerana wajah merupakan sumber kecantikan seorang wanita dan tangan pula boleh menggambarkan tubuhnya sama ada langsing atau sebaliknya.

(Riwayat al-Bukhari)