Custom Search

Membaca Al-Quran Di Atas Kubur

0

Written on 12.08 by محمد افيس

Membaca Al-Quran diatas kubur, adalah amalan bid'ah yang tidak disyariatkan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"setiap bid'ah adalah sesat"
( Riwayat Muslim )

Isu ini sebenarnya menimbulkan perselisihan dikalangan ulama. Ulama yang menghukumkan bahawa pahala bacaan al-Quran sampai kepada si mati, ia tidak menjelaskan cara-cara bacaan al-Quran itu dilakukan dan ayat-ayat yang perlu di baca, bahkan hadith-hadith berkaitan dengan ayat-ayat tertentu yang dibaca, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada si mati, kesemuanya tidak sahih. Misalnya hadith membaca surah al-ikhlas sebanyak 11 kali di kawasan perkuburan, fatihah dan penutupnya. Begitu juga dengan membaca yasin di atas kubur adalah tidak sahih dan tidak boleh dijaikan hujah. Riwayat dari Ibnu Majah menyuruh membaca surah al-Baqarah disisi kuburnya adalah riwayat yang tidak mempunyai sanad yang sahih mahupun da'if menurut ad-Dar al-Qutni.

Seeloknya kita renung kata-kata As-Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jaza'iri:

Tidak menjadi kesalahan kepada seseorang islam duduk didalam masjid atau didalam rumahnya lalu membaca al-Quran. Setelah selesai membacanya, mohonlah kepada Allah agar mengampun dan merahmati si mati, dengan bertawassul menggunakan ayat-ayat al-Quran yang dibacanya tadi.

Semua perkara bid'ah adalah sesat berdasarkan kepada hadis yanng dirawayatkan oleh riwayat muslim diatas. Membaca al-Quran diatas kubur adalah bid'ah dan tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w, malah langsung tidak disunnahkan oleh baginda s.a.w, baginda s.a.w membimbing umatnya supaya mengucapkan kepada orang-orang yang telah mati:

Ertinya:

"Salam sejahtera keatas anda wahai orang-orang yang beriman. Kami insya Allah akan mengikuti anda. Mudah-mudahan Allah merahmati orang-orang yang pergi dahulu daripada kami dan juga orang-orang yang pergi kemudian daripada kami. Kami pohon kepada Allah kesejahteraan untuk kami dan juga kamu. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah engkau haramkan pahala daripada mereka dan jangan engkau fitnahkan kami selepas daripada mereka. Ampunilah kami dan juga mereka".
( Sahih Muslim )

***Dipetik dari kitab Himpunan Fatwa-Fatwa Semasa Daripada Zaman Salafus Soleh Sehingga Ke Zaman Ulama Masa Kini Oleh SYEIKH KAMIL UWAIDAH dan disemak oleh Dr. Mohd. Puzhi Usop (IIUM) & Ustaz Hamzah bin Raden Anwar


If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Subscribe

Entri Popular