Mushaf
Written on 00.47 by محمد افيس
- Mimpi mushaf, ia bermakna akan mendapat kesenangan, iaitu akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat, akan bertambah ilmu dan ketakwaannya.
- Apabila hakim mimpi mushaf, ia bermakna kelak akan menjadi hakim yang adil, bujaksana dan memberi kemaslahatan kepada rakyat.
- Wanita mimpi mushaf, ia bermakna akan mendapat suami yang soleh dan anak yang baik.
- Apabila anda mimpi melihat sesuatu kaum mengoyak-ngoyak mushaf atau mensia-siakan mushaf, maka ia bermakna akan terjadi kerosakan pada kaum tersebut. Oleh itu suruhlah kaum itu cepat-cepat bertaubat kepada Allah.

