Custom Search

Berkhitan Bagi Perempuan

0

Written on 23.43 by محمد افيس

Fatwa yang dikeluarkan oleh Dar al-Ifta, Mesir menjelaskan ,khitan anak perempuan termasuk dalam ke dalam syiar Islam dan diperolehi sumbernya dalam as-Sunnah an-Nabawiyah. Ulama Islam dan tokoh terkemuka bersepakat bahawa khitan adalah perkara yang disyariatkan. Cuma mereka berbeza pendapat darisegi status hukumnya sama ada wajib ataupun sunat.

Hikmah disyariatkan berkhitan kepada perempuan ialah menyeimbang dan mensederhanakan kecenderungan seks pada kaum wanita. Terdapat banyak hadis daripada Rasulullah s.a.w yang membuktikan khitan perempuan adalah disyariatkan. Antaranya sabda Rasulullah s.a.w:

" Lima perkara termasuk ke dalam sunnah fitrah. Baginda menghitungnya dan diantaranya ialah berkhitan "
(Sahih Al-Bukhari)

Antaranya juga ialah sabda Rasulullah s.a.w:

" Sesiapa yang masuk Islam, hendaklah berkhitan. "
(Sahih dikemukakan oleh as-Suyuti)

Juga hadis:


" Wahai wanita Ansar, berkhitanlah tetapi jangan melampau dalam berkhitan itu. "
(Sahih dikemukakan oleh Albani)

Dari sini jelaslah kepada kita, pensyariatan berkhitan bagi perempuan termasuk dalam sunnah fitrah dan mempunyai kesan yang baik pada wanita ke arah kesederhanaan. Berhubung dengan pandangan pakar-pakar kedoktoran yang menyatakan berkhitan memudharatkan kaum wanita hanyalah pendapat individu yang tidak bersandarkan kepada asas ilmiah yang disepakati dan tidak menjadi teori ilmiah yang diakui. Mereka sendiri memperakui sehingga sekarang mereka belum lagi melakukan apa-apa ujian kepada kaum wanita yang berkhitan (bagi membuktikan berkhitan itu benar-benar memberi mudharat kepada kaum wanita ataupun tidak).


***Dipetik dari kitab Himpunan Fatwa-Fatwa Semasa Daripada Zaman Salafus Soleh Sehingga Ke Zaman Ulama Masa Kini Oleh SYEIKH KAMIL UWAIDAH dan disemak oleh Dr. Mohd. Puzhi Usop (IIUM) & Ustaz Hamzah bin Raden Anwar

If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Subscribe

Entri Popular