Custom Search

Pasangan Kaum Wanita Di Dalam Syurga

0

Written on 18.04 by محمد افيس

Kita telah mengetahui kedudukan kaum lelaki di dalam syurga. Mereka dikurniakan dengan isteri-isteri di kalangan bidadari, tetapi adakah kaum wanita juga akan mempunyai pasangan sebagaimana kaum lelaki di dalam syurga?



A
llah s.w.t berfirman tentang nikmat di dalam syurga :

(Fusilat : 31-32)

Maksudnya:

31. "Kamilah penolong-penolong kamu Dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa Yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa Yang kamu cita-citakan mendapatnya.

32. "(Pemberian-pemberian Yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"


Firman Allah s.w.t :

(Az-Zukhruf: 71)

Maksudnya :

Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di Dalam syurga itu pula disediakan Segala Yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya".

Sebagaimana yang dimaklumi, berkahwin adalah perkara yang paling diingini oleh diri manusia. Ia juga berlaku di dalam syurga kepada ahli-ahli syurga, baik lelaki mahupun perempuan. Kaum wanita akan dikahwinkan Allah di dalam syurga dengan lelaki yang menjadi suaminya pada masa hidup di dunia dahulu, sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah s.w.t:

(Al Mu'min :8)

Maksudnya :


"Wahai Tuhan kami! dan masukkanlah mereka ke Dalam syurga "Adn" Yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang Yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Jika seseorang wanita mempunyai dua orang suami semasa hidup di dalam dunia dahulu, dia diberi peluang untuk memilih salah seorang daripadanya disyurga. Jika sesorang wanita itu masih belum berkahwin di dunia dahulu, Allah s.w.t akan mengahwinkannya dengan pasangan yang menyejukkan matanya di dalam syurga. Nikmat didalam syurga, tidak terbatas kepada kaum lelaki sahaja, sebaliknya untuk kaum lelaki dan wanita sekaligus dan diantara yang termasuk kedalam nikmat yang disediakan disana ialah nikmat perkahwinan.

***Dipetik dari kitab Himpunan Fatwa-Fatwa Semasa Daripada Zaman Salafus Soleh Sehingga Ke Zaman Ulama Masa Kini Oleh SYEIKH KAMIL UWAIDAH dan disemak oleh Dr. Mohd. Puzhi Usop (IIUM) & Ustaz Hamzah bin Raden Anwar






If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Subscribe

Entri Popular