Mayat Yang Di Muliakan
Written on 04.45 by محمد افيس

Pada 18 Januari 2009 jam 7.00 mlm , sewaktu itu zainal sedang menonton telivision di ruang tamu rumahnya, tiba-tiba hati zainal merasakan seperti sesuatu buruk yang akan berlaku.... Kring!!! Kring!!! telefon rumah berbunyi.... Ibu Zainal menjawab telefon, setelah habis perbualan, ibunya pun memberitahu zainal bahawa pemandu peribadi ayahnya mengatakan bahawa ayahnya sekarang berada di CCU Hospital Besar akibat serangan jantung didalam kereta sewaktu perjalanan pulang ke rumah dan keadaan ayahnya berada dalam keadaan sangat tenat.
Setelah menerima berita tersebut Zainal terus bergegas ke Hospital Besar dan menghubungi semua ahli keluarga untuk pergi melihat keadaan ayahnya. Setelah tiba di CCU, Zainal dan ahli keluarga yang lain tidak dibenarkan masuk diatas arahan doktor kerana mereka sedang berusaha untuk menyelamatkan ayahnya kerana pada waktu itu jantung ayahnya sudah pun berhenti berdegup.
Zainal dan ahli keluarganya semakin cemas dan masing-masing ketika itu tidak keruan sambil men galirkan air mata kesedihan. Setelah satu jam menunggu di luar CCU akhirnya doktor telah mengesahkan bahawa ayah Zainal telah pun meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan lagi. Betapa luluhnya hati zainal pada ketika itu, Zainal serta ahli keluarganya yang lain tidak menahan sebak, atas pemergian ayahanda tercintanya itu.
Setelah itu Zainal dan ahli keluarganya diarahkan untuk menunggu di bilik mayat untuk menuntut jenazah serta membawa pulang jenazah kerumah. Setelah jenazah selamat sampai kerumah, pada ketika itu kesemua ahli keluarga amat risau, kerana dkhuatiri timbul aib pada jenazah tersebut kerana padah tubuh si mati terdapat tattoo dan pada hayat simati banyak melakukan dosa-dosa besar, seperti minum arak dan lain-lain.
Oleh kerana simati meninggal pada waktu malam, maka mayat simati hanya dapat dikebumikan pada esok pagi. Teringat akan perihal ayahnya ketika hidup, Zainal mula risau dan berharap tiada aib yang akan timbul pada jenazah ayahnya. Pada jam 1.00 pagi Zainal pun bertekad untuk melakukan solat hajat memohon keampunan kepada Allah agar dapat diampunkan dosa-dosa ayahnya dan agar mayat ayahnya dimuliakan. Pada sujud terakhir dengan air mata yang berlinangan Zainal pun berdoa dengan doa ini :
“Ya Allah, Ya Tuhanku Kau ampunilah segala dosa dosa bapaku, Kau selamatkanlah dia dari azab seksaMu semoga ia dapat menggapai syurgaMu, Kau hitungkanlah segala kebaikan ayahku semasa hayatnya dan Kau ampunikanlah segala dosa-dosa yang dilakukan semasa hayatnya. Ya Allah Ya Tuhanku, Hamba Mu yang dhoif ini memohon pada Mu agar jangan diaibkan mayat ayahku dan muliakanlah mayatnya supaya tidak timbulnya fitnah. Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang aku memohon padaMu agar diperkenankan doa hambaMu yang dhoif ini. Jika engkau tidak memperkenankan doaku maka akan berduka citalah para nabi dan para wali dan akan bergembiralah para syaitan kerana berjaya menyesatkan hamba Mu Ya Allah. Dan sekiranya Engkau memperkenankan doa hambaMu yang dhoif ini maka akan bergembiralah para wali dan para nabi dan akan berduka citalah para syaitan...Amin Ya Rabbal Alamin.”
Setelah selesai solat Zainal pun bedoa dengan doa yang sama berulang-ulang kali demi mengharapkan doanya diperkenankan. Kemudian zainal pun pergi melihat ke arah jenazah ayahnya, alangkah terkejutnya zainal apabila wajah jenazah yang tadi masam telah tersenyum. Kejadian itu disaksikan kesemua ahli keluarga pada malam itu. Zainal pun menghembuskan nafas lega dan bersyukur pada tuhan kerana bagi Zainal berkemungkinan doanya telah dimakbulkan.
Apabila malam berakhir, pagi pun menjelma. Masa untuk memandikan jenazah pun telah tiba. Pada ketika itu Zainal agak khuatir takut takut tattoo yang ada pada tubuh ayahnya akan mengundang fitnah pada jenazah. Semasa Zainal memandikan jenazah bersama adik beradik yang lain serta Pak Imam, alangkah terkejutnya Zainal kerana tattoo di bahagian tubuh jenazah ayahnya sudah tiada. Ke semua yang memandikan jenazah pada ketika itu agak pelik dan hairan kerana pada waktu malam sewaktu jenazah baru sampai di rumah Tattoo tersebut masih jelas kelihatan.
Zainal berasa amat lega kerana doanya telah dimakbulkan Allah S.W.T setelah itu semua upacara pengebumian berjalan dengan sangat lancar dan kehadiran tetamu yang hadir pada ketika itu tersangatlah ramai. Pada ketika itu ramai yang memuji keadaan jenazah kerana jenazah berada dalam keadaan sangat baik. Alhamdulillah. Oleh itu dengan kisah benar ini jelas dapat menyaksikan bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu. Jika Allah inginkan sesuatu itu terjadi maka terjadilah ia. Semoga kisah ini dapat memberikan kita kesedaran bahawa pentingya peranan doa anak-anak terhadap ibu bapa kerana apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
"Apabila matinya sesorang insan, maka putuslah segala amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah (sedekah berkekalan), ilmu yang dimanfaatkan dan anaknya yang soleh yang mendoakan."
(Riwayat Muslim)
