5 Tips Melangkah Alam Perkahwinan
Written on 11.18 by محمد افيس

1. Fahami had pergaulan yang dibenarkan
Anda sudah berkahwin dan seharusnya anda tahu batas pergaulan anda tidak lagi seperti dulu. Jika bujang dulu anda bebas keluar dengan rakan-rakan termasuk yang berlainan jantina kini, sudah tentu rutin itu harus anda tingga|kan. Hati pasangan perlu anda jaga. Dalam pada itu jika kebanyakan teman anda dari kalangan jantina yang berbeza maka perkara ini mungkin perlu anda terangkan kepada pasangan sedari awal. Ia bagi memastikan tidak berlaku salah faham. Perkara ini perlu ditekankan bukan saja kepada pihak isteri tapi juga suami.Selain itu ada baiknya juga suami isteri menetapkan peraturan dalam pergaulan. Sebagai contoh, setiap kali keluar dengan teman berlainan jantina perlu ada rakan lain menemani atau setiap kali keluar bersama rakan, tetapkan jam berapa anda harus berada di rumah.
2. Belajar bertoleransi dan menghormati
Sikap hormat menghormati perlu ada dalam diri suami isteri. Tapi jangan mengharap hanya pasangan menghormati anda, sedangkan anda tidak melakukannya. Agar diri anda dihormati,anda harus menghormati pasangan terlebih dahulu. Ketepikan soal latar belakang pendidikan, miskin atau kaya serta darjat yang tak sama. Selain itu anda harus menyedari bahawa perkahwinan adalah satu perkongsian hidup dua insan. Bagi memastikan ia berjalan lancar maka masing-masing harus bertoleransi antara satu sama lain. Sebagai contoh toleransi dalam urusan rumah tangga. Tak semestinya anda suami dan ketua keluarga anda boleh duduk bergoyang kaki di rumah, terutama sekali jika isteri bekerja. Hulurkan bantuan untuk meringankan bebannya.
3. Bergerak ke arah misi yang sama
Perkahwinan bermakna anda komited untuk menjayakan sesebuah institusi kekeluargaan. Tidakbermakna jalinan cinta yang disulam sekian lama berakhir dijinjang pelamin membuktikan anda telah berjaya. Salah! Masih banyak tanggungjawab serta perbelanjaan yang perlu diselesaikan dihari depan termasuklah sewa beli rumah dan kereta, makanan, hiburan, simpanan dan sebagainya. Berbincanglah mengenai taraf kehidupan yang diinginkan. Mungkin biasa-biasa sahaja atau hidup dilimpahi kekayaan. Setelah itu, lakukan tindak balas terhadap jawapan yang anda berikan. Hal ini bagi mengelakkan perbezaan harapan yang jika tidak ditangani segera mampu mencetuskan pertelingkahan.
4. Nikmati hobi bersama
Tahukah anda apakah aktiviti yang gemar dilakukan pasangan ketika ada waktu terluang? Mungkin apa yang diminati berbeza dengan anda. Pasangan suka sukan lasak sedangkan anda iebih cenderung menonton filem-filem baru di pawagam. Sekiranya hai ini ber|aku maka cubalah bertolak ansur dan beri ruang padanya. Biarkan si dia membuat sedikit kajian mengenai hobi yang gemar anda lakukan. Begitu juga anda. Lakukan beberapa penyelidikan tentang hobinya dan berbincanglah bersama-sama. Sekaii sekala cubalah praktikkan aktiviti tersebut berdua. Tentu lebih menyeronokkan kerana ada si pakar yang ringan tangan menghuiur bantuan pada si amatur.
5. Berbincang tentang zuriat
Selain persefahaman dan tolak ansur, bincangkan juga mengenai zuriat yang anda inginkan sebaik melangkah ke gerbang perkahwinan. Ada ketikanya, hal ini boleh mencetuskan ketegangan kerana salah seorang dari anda masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata. Dapatkan penjelasan sebelum masalah ini berlarutan. Sekiranya salah seorang dari anda ingin membawa orang baru ke dalam keluarga dibina maka pastikan anak itu dijaga sebaiknya. Jangan pula kehadirannya menjadi punca perbalahan suami isteri hingga akhirnya kebajikan si anak terabai begitu sahaja.
