Pelajar IPTA Sanggup Melayan Lelaki Tua Untuk Cari Duit Lebih
Written on 13.10 by محمد افيس

Walhal mereka bukanlah golongan yang mempunyai tanggungan berat. Tiada keluarga yang perlu disara, tiada anak yang perlu diberi makan atau apa jua bil-bil hutang yang perlu dilunaskan. Namun mereka sanggup menggadaikan maruah kerana mahukan kemewahan dan duit yang mudah.
Bagi mendapatkan status siswazah bukanlah mudah, apatah lagi untuk memperoleh kelulusan yang cemerlang. Seseorang pelajar perlu menghabiskan seluruh masa pengajiannya dengan baik dan konsisten.
Dalam erti kata lain, tiada masa untuk mereka berfoya-foya atau menunggu sehingga ke tahun akhir baru mahu belajar bersungguh-sungguh. Namun, bagi mereka ini, status 'siswazah' yang ada digunakan untuk menarik minat mana-mana lelaki yang lupa diri untuk mendapatkan perkhidmatan yang mereka tawarkan.
Suzy, nama gelaran yang digunakan Hamidah, dengan tubuh yang langsing dan bergetah, dia menjadi buruan lelaki. Berbekal wajah yang menawan, siswi pengajian bahasa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini tidak segan silu menjalankan kerja-kerja kotor demi kemewahan yang dikejar. Impian untuk cemerlang di dalam pelajarannya tidak lagi diambil kira.
Semasa pertuduhan yang dibacakan, Suzy kelihatan mengelamun hinggakan ditegur oleh Hakim agar menumpukan perhatiannya. Proses yang dijalankan bakal menentukan ke mana Suzy akan berada selepas ini. Kemungkinan juga, kesnya akan diadu kepada pihak pentadbiran universiti dan bakal dikenakan tindakan lain. Ingatan Suzy melayang bagaimana dia dan rakan-rakannya yang bertugas pada malam tersebut terperangkap dan tidak mampu meloloskan diri. Tidak seperti hari- hari lain dia sering bernasib baik dan tidak pernah ditangkap.
Semuanya gara-gara pelanggan tetap yang mahukan layanannya. Sekalipun lelaki tersebut sudah berusia separuh abad dan menyamai usia bapa sendiri, Suzy merasa selesa untuk melayaninya.
Pucat lesi
Abang .Jamil, begitulah Suzy memanggil lelaki tersebut. Malah, Abang Jamil kelihatan lebih bersopan santun, romantik dan pandai 'mengayat' dirinya hinggakan Suzy merasa dihargai. Seperti biasa, di atas tilam bersarung putih, Suzy yang hanya berkain skirt pendek sudah pun bersedia beraksi mengikut permintaan Abang .Jamil. Sedang asyik Suzy melayani lelaki itu dia terkejut apabila kain tabir direntap orang secara kuat. Kelihatan beberapa orang lelaki sedang melihat dan mengarahkannya membetulkan pakaian, di samping memperkenalkan diri.
Tiada daya Suzy menghalang apa yang sedang berlaku tersebut. Apa juga yang diarahkan, dituruti oleh keduanya yang kelihatan pucat lesi. Kedengaran Abang Jamil cuba untuk memujuk dan menawarkan imbuhan kepada pegawai bagi melepaskannya daripada sebarang tindakan, namun semuanya tidak dihiraukan. Bermula daripada tarikh tersebut, Suzy dan Abang Jamil turun naik ke Jabatan Agama dan seterusnya di dewan mahkamah.
Berbagai persoalan yang dilontarkan oleh hakim untuk dijawab oleh Suzy terutama soal pendirian dan maruah. Namun, pelajar yang agak tertekan dan malu, langsung tidak cuba untuk menjawabnya. Sebaliknya mengharapkan simpati agar dipercepatkan sidang perbicaraan tersebut.
Di dalam ulasan, Hakim bicara mengharapkan agar Suzy menginsafi perbuatan terkutuk dan bertaubat. Di samping mengubah diri untuk menjadi manusia yang berguna dan menumpukan perhatian kepada pelajaran yang' sedang diikutinya. Akhirnya Suzy dan Abang Jamil diarah membayar denda.
-Dari Fail Mahkamah Syariah-
