Custom Search

Memeriksa Ganguan Makhluk Halus

0

Written on 03.10 by محمد افيس


Adakah anda merasakan diri anda mengalami ganguan makhluk halus?

Berikut adalah tanda-tanda bahawa anda mengalami ganguan makhluk halus.

1) Sentiasa Gelisah

2) Badan terasa panas tanpa sebab

3) Sering bermimpi binatang yang berbisa

4) Sering bermimpi budak kecil

5) Bermimpi diberikan keris

6) Sering bermimpi mayat dan mimpi yang seram

8) Susah untuk melakukan ibadah

9) Rasa benci pada bacaan suci Al-Quran

10) Jantung berdebar debar tanpa sebab

11) Sukar tidur malam

12) Sentiasa sakit tulang belakang tanpa sebab

13) Terdapat bekas lebam di tubuh tanpa mengetahu apa puncanya.

14) Bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi

15) Sering murung tanpa sebab

16) Terasa dicucuk disalah satu bahagian tubuh tanpa sebab

17) Sering melihat kelibat makhluk halus

18) Sering mendengar bisikan

19) Tidak bernafsu ketika bersama isteri

20) Selalu terbau bau wangi atau busuk

21) Merasa benci kepada suami atau isteri serta merasa marah bersangatan tanpa sebab atau disebabkan perkara yang kecil.


Teknik Mengesan

1) Hendaklah berada di tempat yang bebas dari ganguan lain yang boleh melarikan pusat pemikiran daripada benda lain.

2) Dengarkan ayat ruqyah dengan khusyuk pada awal hingga akhir.



3) Pastikan ada orang menemani ( dikhuatiri pesakit dirasuk )

4) Sekiranya terdapat ganguan makhluk halus biasanya pesakit akan berasa gelisah, benci, badan panas dan terasa seperti ada benda berjalan-jalan ditubuh. (ada juga yang terus dirasuk)

5) Sekiranya terdapat simptom diatas semasa mendengar ayat ruqyah disyorkan anda pergi ke Pusat Perubatan Islam seperti darul syifa' dan lain-lain yang menggunakan cara perubatan islam yang betul. Semua keberhasilan hanyalah diatas izin Allah S.W.T. Wallahualam.

If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Subscribe

Entri Popular