Custom Search

Kisah Ikan Mati Hidup Kembali

1

Written on 14.31 by محمد افيس


Kisah ini berlaku sewaktu aku berumur 7 tahun. Seperti kanak-kanak yang lain sememangnya pada usia sebegitu aku sangat nakal. Ayahandaku memang minat dalam memelihara ikan ketika itu. Macam macam jenis ikan dipeliharanya. pada ketika itu dirumahku mempunyai 2 ekor anak ikan yang dipelihara oleh ayahku . Aku amat tertarik pada ikan tersebut. Sebagai insan yang masih belum cukup akal fikiran pada masa itu. Aku mengocak ngocakkan air di dalam akuarium yang berisi ikan kelisa tersebut. Gembira sungguh aku bermain dengan ikan tersebut. Malangnya dalam keasyikan yang menghayalkan itu tanpa kusedari ikan kelisa tersebut terus menjadi lemah dan mula berenang terhuyung-hayang.

Aku memerhatikan sahaja reaksi ikan tersebut. Jantung ku mula berdegup kencang aku mula risau akan ikan tersebut, di dalam benak fikiran ku berkata "Mati aku kalau ayah tahu". Setelah beberapa ketika ikan kelisa itu berenang dalam keadaan terhuyung hayang ,akhirnya ikan itu pun tergolek mati. Aku pun menyentuh-nyentuh ikan tersebut untuk memastikan ikan itu hidup atau mati. Sah pada ketika itu ikan tersebut telah pun mati. Pada ketika itu aku sangat cemas. Aku terus sujud berdoa kepada Allah S.W.T tanpa sambil teresak-esak sambil mengalirkan air mata meminta bantuan agar dihidupkan kembali ikan tersebut.

Setelah dalam sekitar beberapa minit aku bersujud lalu aku bangkit dan mengarahkan kembali pandangan ku ke sisi akuarium yang berisi ikan kelisa tersebut. Alangkah teperanjatnya aku bahawa ikan yang telah mati itu pun hidup kembali. Sungguh lega aku ketika itu. Inilah tanda kekuasaan Allah yang mampu menghidupkan dan mematikan makhluknya. Ikan tersebut akhirnya menemukan ajalnya kembali pada usia 3 tahun. Sehingga sekarang kisah ini menjadi sebagai satu peringatan kepadaku serta menambahkan keimananku terhadap Allah S.W.T.

If you enjoyed this post Subscribe to our feed

1 Comment

  1. Anonim |

    kn memperbetulkan kesalahan ejaan..hehe..yup.Tuhan maha berkuasa..kita sebagai insan perlu tunduk akan kekuasaannya...

     

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Subscribe

Entri Popular