Hukum Wanita Mengubah Bulu Kening & Wanita Yg Meminta Direka Bulu Keningnya
Written on 23.51 by محمد افيس
Wanita Yang Mengubah Bulu Keningnya
Al-Namshah ialah wanita yang mengukir bulu kening sehingga menipiskannya. (Pendapat ini adalah pendapat yang paling tepat.)
Menurut Al-Khitabi:
Asalnya daripada kata al-Namsh yangbererti mencabut bulu daripada wajah dengan minshah (pencabut bulu) atau mencabut bulu kening.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
"Allah melaknat para wanita mentatoo dan para wanita yang minta dibuat tatoo, para wanita yang mencabut bulu kening dan para wanita yang minta dicabutkan bulu keningnya, para wanita yang minta diratakan giginya, dan para wanita yang mengubah-ubah ciptaan Allah S.W.T" (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud & Abdullah Mas'ud Radiyallahu Anhu)
Huraian & Kesimpulan
Wanita yang menipiskan bulu kening atau mengukir dengan menipiskannya, mencabut sebahagian atau seluruhnya, bererti telah mengubahnya, wanita ini dilaknat dengan perantara lisan Nabi Muhammad S.A.W, kerana bererti ia tidak mengendahkan apa yang dilarang Allah Ta'ala dan Rasulnya.
Maksudnya, hendaklah menjauhi perbuatan ini yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla dan Rasulnya Nabi Muhammad S.A.W, agar setiap wanita dapat selamat daripada balasannya dan tidak dijauhkan daripada rahmat Allah S.W.T.
Wanita Yang Meminta Direka Bulu Kening
Iaitu wanita yang meminta untuk dicabutkan bulu keningnya dengan rela pencabutannya ini, sementara ia tahu bahawa perbuatannya ini diharamkan dan dilarang oleh hukum syarak.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
"Allah melaknat para wanita mentatoo dan para wanita yang minta dibuat tatoo, para wanita yang mencabut bulu kening dan para wanita yang minta dicabutkan bulu keningnya, para wanita yang minta diratakan giginya, dan para wanita yang mengubah-ubah ciptaan Allah S.W.T" (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud & Abdullah Mas'ud Radiyallahu Anhu)
Kemudian seorang wanita bertanya kepada nya tentang kebenaran itu, Abdullah menjawab:
"Mengapa aku tidak melaknat orang yang dilaknat oleh Rasulullah, padahal disebutkan dalam Kitabullah:"
"dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya." (Surah Al-Hasyr : 7)
Huraian & Kesimpulan
Allah S.W.T melaknat wanita yang diminta dicabut bulu kening pada wajahnya dan menipiskan bulu keningnya dengan alat penyepit (alat pencabut bulu), sebab tidak diperbolehkan bagi wanita untuk mengubah sesuatupun daripada ciptaan Allah S.W.T. Maka menjauhi perkara ini adalah WAJIB , dan dengan menjauhinya bererti selamat serta memperoleh ganjaran kerana mentaati Allah Azza Wa Jalla bererti mentaati Rasul-Nya S.A.W.

Sy ada terbaca tentang keperluan mencukur kening untuk merapikannya kerana terlalu tebal.Apakah hukum mencukur kening yang berserabut?Adakah ia dibolehkan dalam agama Islam?
Yang haram tetap haram....tetapi ader keringanan sekiranya bulu kening terlalu berserabut(yang boleh mengaibkan seseorang individu) tetapi harus diingat ia hanya dibolehkan sekiranya bulu kening yang benar2 mengaibkan individu sehingga dipandang jelek oleh masyarakat. Wallahualam
salam ustaz.macamana nak hilangkan panas baran suami dan lembutkan hatinya...ada doa2 tertentu x?
salam ustaz.macamana nak hilangkan panas baran suami dan lembutkan hatinya...ada doa2 tertentu x?
Uztaz...bagaimana pulak wanita yg tumbuh seakan2 kumis & janggut pada wajah? apa hukumnya jika wanita itu membuang/mencukur/mencabut kumis/janggutnya?
salam ustaz,saya lihat ada ustazah yg mencukur kening ,mcmcna tu ustaz,dan ustazah tu bersolek ketika di temuramah..bole ke ustaz?